Saturday, 6 July 2013

KUEY TEOW GORENG




KUEY TEOW GORENG

Bahan - Bahan :

  • Kuey teow (500g)
  • Kangkung (1 ikat)
  • Kerang rebus (100g)
  • Udang (100g)
  • Telur (1 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang merah - dipotong halus (1 ulas)
  • Sos tomato (2 sudu besar)
  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Pes cili (2 sudu besar)
  • Kicap cair (2 sudu besar)
  • Kicap pekat (2 sudu besar)
  • Gula (sedikit)
  • Garam (sedikit)
  • Minyak untuk menggoreng (sedikit)


Cara - Cara :


  1. Cara membuatnya, pertama panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi dan masukkan bawang merah.
  2. Apabila bawang merah layu, masukkan pes cili dan goreng hingga pecah minyak.
  3. Setelah itu,masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan udang.
  4. Selepas udang masak, masukkan kerang rebus, diikuti dengan sos tomato dan sos cili.
  5. Kacau hingga sebati dan masukkan kicap cair diikuti dengan kicap pekat.
  6. Kacau lagi dan masukkan telur, kuey teow dan akhir sekali sayur kangkung.
  7. Gaul hingga kangkung layu dan semua bahan sebati.
  8. Kuey teow goreng sedia untuk dihidang.



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...