Friday, 5 July 2013

NASI GORENG CINA


NASI GORENG CINA

Bahan-bahan :


  • Nasi putih
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Serbuk ayam
  • Ayam (tambahan sahaja)
  • Sayur campur
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
  • Telur


Cara-cara :



  1. Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  3. Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  4. Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  5. Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...