Monday, 8 July 2013

MEE UDANG SPECIAL MAK JAH



MEE UDANG SPECIAL MAK JAH

Bahan - bahan :

  • Udang saiz XXL
  • Sos Cili 
  • Serbuk Sup
  • Serbuk Cili
  • Bawang putih
  • Tepung Jagung
  • Mee kuning
  • Taugeh
  • Daun Sup/Kobis/daung bawang/cili merah/cili hijau/bawang goreng ( dihiris nipis )
  • Garam dan Gula secukup rasa 

Cara-cara :


  1. Udang dikupas kulit /dibuang kepala dia (kulit udang dan kepala jangan dibuang) sila rebus dan tapis untuk diambil airnya..
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah ditumbuk dalam beberapa ulas dalam periuk/kuali
  3. Bancuh serbuk cili dan serbuk sup dalam air panas dan masukan dalam periuk/kuali
  4. Setelah sebati dan terbit minyak masukkan air rebusan kulit udang tadi dan kacau sehingga mendidih
  5. Masukkan sedikit sos cili
  6. Perasakan dengan Garam dan Gula secukupnya
  7. Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh jika ingin memekatkan kuah
  8. Masukkan Udang (jangan terlalu lama nanti udang akan mengecut)


Mee yang telah dicelur sebentar diletak kan di dalam pinggan dan dihias dengan  daun sup/ daun bawang/cili merah/cili hijau/taugeh/kobis dan bawang goreng. Kemudian tuangkan kuah mee udang. Sedia untuk dimakan ketika panas..

# Kredit : http://noryusnita.blogspot.com


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...