Monday, 8 July 2013

MEE JAWA



MEE JAWA


Bahan-Bahan (Sesuai Untuk 7-8 orang makan) :


  • 500 ml air rebusan udang 
  • 150 gm keledek (direbus dan dilecek) 
  • 150gm daging (direbus dan dihiris nipis) 
  • 120gm udang segar (direbus) 
  • 60ml minyak masak 
  • 1 liter air rebusan daging 
  • 2 biji tomato (dihiris kecil) 
  • 2 sudu makan tepung jagung 
  • 150 ml air (bahan bewarna biru dibancuh) 
  • 2 sudu makan air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 


Bahan-Bahan Sampingan :


  • 500gm mee kuning (dicelur) 
  • 150gm tauge 
  • 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris dadu) 
  • 4 biji telur rebus (dibelah kepada dua) 
  • 2 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 2 tangkai daun bawang 
  • 4 tangkai daun sup (bahan bewarna biru dihiris) 
  • 5 sudu makan bawang goreng 
  • 5 biji limau kasturi (dibelah kepada dua) 
  • Sotong 


Bahan-Bahan yang Dikisar :

  • 40gm udang kering (direndam)
  • 3 ulas buah keras 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas 
  • 2 sudu makan kacang tanah goreng 
  • 1 sudu makan rempah kari daging 
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 


Bahan-Bahan Hiasan :


  • 3 keping tauhu goreng (hiris sehingga nipis)
  • Daun sup dan bawang goreng 
  • Hirisan cili merah 
  • Limau kasturi/ limau nipis 


Bahan-Bahan untuk Cili Jeruk :


  • 5 tangkai cili hijau 
  • 2 tangkai cili merah 
  • Cuku secukupnya 
  • Sos yang boleh dicampur di dalam Mee Jawa 
  • (Ikut kegemaran masing-masing) Sos tiram 
  • Sos tomato 
  • Sos cili 
  • Sos cili pedas 
  • Sos cili bawang putih 
  • Sos cili thai 


Sayur-Sayuran (Untuk orang yang suka makan sayur) :


  • Tomato puree 
  • Lobak merah 
  • Brokoli 
  • Sawi 
  • Kubis bunga 
  • Sengkuang 


Cara-Cara Untuk Menyediakan Mee Jawa:


  1. Pertama sekali, celurkan mee kuning, panaskan minyak di dalam kuari, kemudian tumiskan bahan kisar yang dicincang halus sehingga naik bau dan garing. 
  2. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum masukkan udang kering. 
  3. Masukkan udang kering yang telah dicampur sehingga naik bau. 
  4. Kemudian, masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan campuran tersebut. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
  5. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji dengan sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/ separuh masak dengan mengikut citarasa. Akhir sekali masukkan daun bawang.
  6. Tutupkan api dan curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/ limau kasturi. Siap untuk sedia dimakan. 


Tips: Pelbagai jenis bahan, perencah, sayur, kuah dan sos juga boleh dicampurkan dalam Mee Jawa dengan mengikut suka hati dan kesesuaian masing-masing. 

Cara-Cara untuk Membuat Kuah :


  1. Sendukkan mee jawa secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk. 
  2. Didihkan sehingga mee jawa naik ke atas periuk (kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing). 
  3. Masukkan batang bawang, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. 
  4. Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak secukupnya tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan. 
  5. Akhir sekali masukkan udang dan daun bawang. Tutupkan api dengan segera. 
  6. Letakkan telur semasa dihidangkan. 


Tips: Rasa kuah Mee Jawa akan menjadi lebih manis dan pedas jika menggunakan lebih banyak udang kering untuk memekatkan kuah. 

Cara-Cara untuk Membuat Cili Jeruk :


  1. Hiriskan cili tebal-tebal sehingga nipis 
  2. Kemudian rendamkan dengan cuka di dalam bekas yang bertutup. 
(Sesetengah orang rendamkan cili dengan air panas kemudian baru masukkan cuka) 


# Kredit : http://resepimeejawa.blogspot.com/





No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...