Wednesday, 10 July 2013

MEE GORENG BASAH




MEE GORENG BASAH

Bahan -Bahan (5-6 Orang Makan) :

  • Mee kuning (500g)
  • Daging dihiris nipis (200g)
  • Udang (150g)
  • Sawi (100g)
  • Kobis (100g)
  • Cili merah (1 biji)
  • Daun bawang 
  • Tomato (1 biji)
  • Bawang merah (2 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Pes cili (3 sudu besar)
  • Kicap (2 sudu besar)
  • Air (1 cawan)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)

Cara - Cara :

  1. Cincang bawang putih dan bawang merah, hiris nipis cili dan potong kasar tomato.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan pes cili hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan semua bahan selebihnya iaitu udang, kobis, sawi, kicap, garam, gula, mee kuning, hirisan cili dan tomato. Goreng sebati.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...